>Muhammad Waliuddin yang ditemui di rumahnya di Flat Taman Maluri, Cheras, di Kuala Lumpur hanya memperoleh untung RM40 untuk 1,000 biji donat yang terjual...
>Walhal dia sebenarya boleh menjual dgn harga lebih daripada 10 sen untuk sebiji donat tersebut...
>Anak muda yang memiliki diploma dalam bi&g penerbangan itu sepatutnya menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi pada September 2013...
>Bagaimanapun, dia gagal mendapat pinjaman pendidikan menyebabkan impiannya menyambung pengajian hanya tinggal angan-angan...
>Selain donat 10 sen dihasilkan semakin laris, kesan ‘viral’ menyebabkan dirinya juga laris selepas ada wanita mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita...
>Malah ada ibu bapa yang mahu menjadikannya sebagai menantu mereka...
>“Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB...
>“Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya... Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini,” katanya yang ingin fokus terhadap perniagaannya...